Isnin, 19 Disember 2011

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE :)


Assalamualaikum. salam satu Malaysia :) . hello! hye! bertemu kembali ;) apa khabar? ada yang mati kebosanan cuti ni? opss harap semua dalam keadaan yang baik. bagi sesiapa yang sakit telinga,hati,perasaan,mental cepat-2 lah berkunjung ke hospital ye ;) . mungkin post kali ini agak panjang. okay bagi percutian tahun ni tak pergi jauh mana pun. Singapore sahaja. yeahhh! akhirnya sampai jugak di Universal Studios!!!!


haa. okay. lihat map ni. agak-2 cukup ke satu hari korg nak habiskan melawat tempat-2 ni? siapa cakap cukup dia memang hebat!


yeah! tempat pertama kitaorg pergi.... setelah beberapa kali bertekak akhirnya kitaorg decide pergi hollywood dulu. hikhik :) jalan saje ambil mood dulu. sampai madagascar beratur nak amek gambar. okay panas! segera batalkan niat dan teruskan perjalanan. tempat seterusnya adalah Far far away....


bestttt! masuk dalam. sejuk sikit. tapi tetap kene beratur jugak! takpe janji sejuk!!! nasib kitaorg orang pertama masuk. so,tak perlu la beratur panjang-2. haa. dekat sini kiteorg tengok movie shrek 4D. awesome! terbaik! rugi siapa tak masuk sini. then kiteorg singgah dekat kedai cenderamata. macam-2 ada jual. patung,bantal,cawan. tapi faham-2 la ;) harga dia macam mana pulak kan?



patung poos ni cuba tengok kecik  je kan? cuba tukarkan harga dolar tu kepada ringgit malaysia? berbaloi ke beli benda macam ni? kat Malaysia pon ada kot. lagi murah :) jadi lebih baik segera keluar dari kedai tu and pergi tempat lain. jangan buang masa. masa itu emas.



waterworld tempat yang seterusnya kitaorg pergi. dekat sini pon best! aha! confirm la basah kan? dorg main sembur je tak kira siapa pun. sangat kagum tengok dorg berlakon! dah habis,aku sempat amek gambar ngn dorg. hikhik. jangan jealous :p nak tengok? pergi cari kat muka buku. malas nak upload kat sini. ahahaha! adoi. ada lagi berapa tempat belum cerita. kejap-2. berehat sebentar bersama milo ;)

.....5 minutes later
okay,bertemu kembali :) nahhhh ancient egypt. haa tak tau nak cerita apa yang ada kat sini. lupaaa. takpe-2. nak tau sangat pergi sendirii. hihihi. sorry :)



ada sesiapa berani naik benda ni? mesti la ada kan ;) this is my first experience naik ni. sumpah masa naik ni ingat nak mati je. ya Allah macam nak tercabut jantung!!!! laju ya amat! time ni nak menjerit pon dah tak boleh. grr.. diam je la. mesti mat saleh sebelah aku ingat aku barani. ahahaha! what theee...
haaa sudah sampai penghujung nya. tempat yang lasttt...



new york! aha! sampai je sini dah malam da pun. tenaga pon dah tak banyak lagi. mood berjalan semakin kurang. kaki semakin sakit. perut semakin lapar. nak cari tempat makan kat sini memang susah. sebab banyak yang tak halal. namapak nya Malaysia jugak yang best :) ahaa. okay. that's all. percutian seterusnya pada tahun hadapan. nantikan ;) tempat masih dalam perancangan! hello! next year SPM okay!!!! hahaha bye ;)

Selasa, 13 Disember 2011

JOHOR PREMIUM OUTLETS.

Hello guys! Hikhik. Okay,Sudah lama meninggalkan alam ni. Datang kembali tanpa segan. Bla bla bla. Hari ni pergi JPO lagi untuk tebus hari ahad punya. Sebab lalu je KAN? Tak singgah pon. Tapi hari ni bukan setakat lalu. Semua kedai AKU masuk. Tapi satu jadah haram pon tak beli. Cuma akak je la beli. Hihihihi. Mana Ada duit oiii. Barang kat sana mahal-2 belaka. Budak macam AKU yang makan mak bapak masih tanggung mana la mampu nak beli barang-2 kat situ KAN. Hmm. Semua barang branded Ada. Macam Levis,DKNY,padini,clanks,guess semua Ada lah. Cari je kat situ. Memang tak best kalau jalan je tak beli ape-2. Nak buat macam mana??? Baju tshirt ntah ape-2 pon dah rm89.90. Haa tu baru tshirt bodo-2. Belum masuk seluar jeans lagi. Aishhh pergi kedai jam. Baru ingat nak bodek mak belikan jam. Sekali tengok harga rm749. Grr. Takpe-2. Tunggu AKU kawin ngn anak datuk dulu baru beli. Ceittt... Tak la lawa sangat jam nye. Biasa je ==' okayyy. Sampai satu kedai,jenama esprit. Akak pegang kasut. Then,tiba-2 Ada satu pekerja ni cakap kasut tu kulit Babi. Ok,memang orang tu Tahap bangangnye bertingkat-2. Hello cik abang. Kenapa orang dah pegang baru nak bgtau! Haishhh.. Ni je la yang dapat cerita. Tak sampai 1 jam pon kite orang pegi. Ramai orang. Pelik. Hari orang kerja pun still ramai. yang penting bukan warga malaysia yang ramai tapi Singapore. Rasanya,hanya mereka je kot yang mampu beli barang-2 kat situ. Hie. Okay sampai sini je. Bertemu di lain waktu. Adios...

Selasa, 20 September 2011

OOHEEMMJAYY! AKU DAH MINAT KOREA.

Salam satu Malaysia.
boomboomgedababoom hari ni dah 20 september. lagi 2 minggu je nak masuk bulan oktober. okay rasa macam sekejap gila ==' UPSR pun dah lepas. tapi hari ni bukan nak cerita pasal exam,buku,sekolah SPM,STPM tu semua. haa rasanya kalau sebut je pasal Korea mesti korg dah tau kan siapa artis-2 dia?? tipu la kalau tak tau. sedangkan budak 5 tahun pon kenal super junior tu mana satu? eheh aku? memang pada mulanya menyampah gila nak mati bila sahabat-2 tersayang terlalu taksub sangat dengan artis-2 korea. apa special sangat dorang ni?? semua plastik! tapi semenjak kawan dengan si Maryam ni macam-2 cerita dia ada. itu la ini lah. dia adaa bagi pinjam DVD Secret Garden. ooohemmmjayyy serious best gila! haaa start daripada ni la aku dah jadi macam mereka-2 ni jugak. download video U Kiss la Beast la. dalam phone dah penuh lagu korea. no more katty perry/jason derulo/lady gaga segala. okay seram gila. macam mana nak hilangkan balik rasa minat ni. tolong!!!! eheh ape-2 pun jangan lupa tengok secret garden k ;)

Jumaat, 9 September 2011

HAPPY EID MUBARAK :)

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kini tiba masanya,
Kita menyambut Hari Raya
amboi! berpantun pulok dio.. okay dah masuk hari raya ke-11 baru nak post pasal raya. eicehhh. seriously tak cukup masa. sibuk kemas rumah yang tak habis-2 bersepah,banyak homework,layan tetamu,open house sana sini,nak keluar dengan member. huishhh.. nampak?? kalah PM tau. raya tahun ni agak kurang meriah sebab kami telah pun kehilangan orang tersayang iaitu Kak Ana(cousin) pada hari Jumaat bersamaan 2/9/11. memang tak sangka arwah pergi tinggalkan kami dalam waktu macam ni. tak sempat nak jumpa :'( semoga roh beliau dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.
first raya mestilah kat kampung. tak pernah seumur hidup raya dekat rumah sendiri. walaumacam mana sekalipun mak tetap nak balik kampung jugak setiap kali raya. hmm. tema tahun ni warna purple. tapi,mak tak pakai colour purple sebab taylor lupa nak letak cangkuk kat kain mak. spoil betol la! haa makan pun macam biasa ketupat,rendang,sambal kacang tu semua la. lagi satu! ni kalau orang-2 bugis tahu la ape tu burasak. macam ni....


haaa dah tau kan. okay. lepas-2 makan mulalah sesi bermaaf-maafan,lap-2 air mata,peluk-2 cium-2*ok suka waktu ni :D dan yang paling utama! jeng-3 ape lagi. ambil gambar lah! heheh. malas la nak upload kat sini. nak tengok sila lawati halaman muka buku saya ye :). opss. sampai sini je la kali ni. kalau tak ade aral melintang Insha-Allah akan dihpdate lagi blog ni. okay! maaf jika terkasar bahasa. maaf jika terkutuk. maaf jika terdapat post yang menyakitkan jati. apepun HAPPY EID MUBARAK !!! jaga makan. jangan makan sampai tak ingat dunia okay. bye :)
 

Khamis, 25 Ogos 2011

SHOPPING TIME! ;)

Assalamualaikum,salam sejahtera,salam satu Malaysia.

pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-25 kita berpuasa. ohh rasa sangat cepat masa berlalu. haa.. korg dah ready nak raya?? okay. semalam punya cerita. jeng-3.
"adik,siap-2 cepat.mak nak pergi Angsana. kau nak ikut tak??"
"ehh mak bukan baru minggu lepas kita beli baju kat Jusco?? mak nak beli apa lagi??"
"siap aje la cepat. jangan banyak cakap."
"okay"
haaa sampai Angsana terus teman akak pergi Dimoney. hmm laama gila. terus tak ada mood nak shopping. memilih cincin lama gila! macam pilih laki. Hadoiiiyaiii.. ==' menyesal ikut. lepastu ingat nak jalan-2 tengok baju ape. haa sekejap lagi mak ajak pergi tengok carpet. okay kalau aku tau ni tujuannya memang tak ikut. duduklah kat tepi macam orang hilang mak. sambil tu misscall-2 kawan. saje je kacau. bosan. sorry la kepada sesiapa yang dah tidur. kihkihkih*ketawa jahat. bila tahap kebosanan tak dapat dibendung lagi!!! apa lagi??
"mak! adik pergi tengok-2 baju ehh"
"jangan jauh-2"
"ye!"
jalan punya jalan punya jalan tiba-2 kelihatan sepasang baju melambai-2 mintak ditengok. okay simple! cantik! colour purple <3! menepati citarasa! terus sambar baju tu pergi tunjuk kat mak. dan mak cakap okay :) letak dekat kaunter.

***** cerita tergantung sebentar buat seketika kerana menunggu mak yang tak habis-2 lagi pilih carpet =='

haaa dah siap pun mak.
"mana baju tadi??"
"ni ni boleh kan?"
"hmm boleh"
tiba-2 mak membeliakkan biji matanya..
"mak,kenapa??*tunduk takut punya pasal"
"kenapa baju mahal sangat??"
"mana adik tau*merengek* sorry la..tak pe la RM1** je..nanti adik belanja mak makan ea"
jelingan maut mak bagi.. huishhh seram ==' selepas adengan jeling menjeling. pergila uo nak beli hadiah untuk kawan :)
"mak,nak RM10"
"pakai duit sendiri"
ohhh tidak!!! hai duit kenapa kau pergi*muka sedih.. takpe-2 demi kawan tersayang. sekali sekala :) haa perut dah lapar. balik daripada Angsana terus pergi makan. agak-2 dalam pukul 12.00 a.m ye kami balik. masuk bilik tengok muka ayah dah masam semacam je. haa takut. nasib baik mak akak belikan dia baju. oii sejuk sikit hati dia. bijak kan??? hihi.. okay itu sahaja untuk hari ni. adios!

Jumaat, 12 Ogos 2011

SUKA DUKA MINGGU NI

okay sebelum tu nak wish dekat Mok(akak aku) HAPPY BIRTHDAY. aku tau kau tak kan baca benda ni. tapi tak pe la. sekurang-kurangnya aku tau bila kau lahir kan?? cukup la sekadar wish kau kat sini. haa.. minggu ni ada pk3. alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar. cehh.. mulanya di sini..

SELASA

*Bahasa Melayu
okay tiada sebarang masalah. sangat bahagia menjawab. berimaginasi nta ke mana-2. bila dapat markah.. haaa tak tau lagi.
*Bahasa Inggeris
dapat kertas soalan senyum :) dapat markah pun senyum :)) cikgu puji bertambah-2 senyum :)))
*Agama
hukhuk. kebanyakan hentam. sebab tak baca buku :( harap-2 dapat markah yang memuaskan.

RABU

*Sains Pertanian
last minute baru baca. huhu. malam asyik nak tidur je. markah pun macam nak tidur la kan..
*Sejarah
sayang Cikgu Salini <3 soalan senang ;) markah okay!!!
*Add Math
ke lautttttt!!!

KHAMIS

*Physics
soalan belit-2. jawab pun belit-2
*Math
tak senang tak susah.. bolehla. hukhuk sorry cikgu tak jawab soalan nombor 1. tak faham ^^'
*Chemist
bak pepatah kata Ain. soalan jahanam.. ye memang benar. susah. G+ untuk chemist!
*Sivik
haaa ni paling susah! tak bukak buku langsung. main jawab je. mudah-mudahan la ye dapat A :)

tu saje untuk pk3. untuk Diyana... aku tak tau sama ada hari ni last kita jumpa ataupun next week. sedih sangat bila kau bgtau kau nak pindah sekolah lain. padahal kita baru rapat balik kan?? :) tak pe.. aku tak halang kalau tu keputusan kau. hope kau tak lupakan kami dekat sini. aku doakan semoga kau berjaya kat sana nanti. nanti kalau cuti kita jumpa  ea :'( salam..

Jumaat, 5 Ogos 2011

chemistry + physics + add math = DEAD!


seriously! I really fed up of chemistry! sungguh :( tak faham langsung. NaOH?? K+?? half equation?? apa itu?? erghhh :'( apa nak jawab pk3 nanti?? aishh.. chemistry really KILLS me!


PHYSICS!!!!
okay sekurang-kurangnya faham la jugak daripada chemistry. cuma kne banyak hafal formula. bila masuk bab heat capacity dengan cikgu practical mengajar + suara perlahan + budak lelaki huru-hara memang ke laut la jawabnya. nak belajar sendiri kat rumah?? haa... hmmm.. bila ek??? huh ==;



add math... i fall in love with you <3 ==' I really really love you. yes i do.. what the.... ini lagi satu mata pelajaran yang sangat senang :) ye.. tak percaya..?? tanya WERN TING,HWEE SHENG dengan SYAFIQ RAHIM.. haa... mereka terlalu obses dengan add math kerana terlalu senang tau. haa yela senang syamira oiiii. mid year G jugak kau dapat.. aishhh..


RABU- SAINS PERTANIAN,ADD MATH
KHAMIS - PHYSICS,CHEMIST
doakan saya agar dipermudahkan menjawab keempat-2empat subjek di atas :)

Khamis, 4 Ogos 2011

BILA RAMADHAN TIBA :)

Hari ni hari ke-4 umat Islam berpuasa. haa bagi sesiapa yang tak berpuasa tu teraaaammmaattttlahhh rugi! okay nak cerita sikit*banyak sebenarnya* la pasal ramadhan tahun ni. mungkin bagi aku agak istimewa ;)

1 Ramadhan
- hmm, agak letih. biasa la first ramadhan kan?? semua orang akan rasa macam tu. lagi-2 bila tak sekolah duduk rumah sorang-2. pandai-2 la bayangkan macam mana rasanya tu. huhu. aku paling suka first ramadhan. sebab apa?? haa time ni semua adik-beradik ada. time ni la aku rasa ada akak ada abang :) kalau tak rasa macam anak tunggal ==' yang paling best! mak akan masak lauk favourite kami :) okay hari pertama mak masak nasi ayam atas permintaan akak sulong wa. aishhhh! actually tu favourite aku jugak. ceittt.. kihkih. oi oi oi.. pastikan korg baca benda ala ni lepas berbuka ye. nanti tak pasal-2 batal pulak puasa korg. hahaha!

2 Ramadhan
- haaa hari yang kedua??? cuti sekolah :) yeay! jeng-3.. hari ni turn aku pulak buat permintaan. "mak,hari ni goreng mee ek ;) bolehlaaaaa eh?? ehh??" woiiii sedap oiiii.. tak payah beli kat kedai. hari ni boleh dikatakan banyak gila makanan!!! asam pedas,roti john,rojak.. haa belum air lagi. air kelapa,sirap bandung,teh tarik,jagung.. haaa kan?? korg ada semua ni??? bukan nya apa. adik-beradik ada 4. setiap orang balik rumah bawak sorang sebungkus. ehh sebungkus?? salah tu.. 2 3 bungkus.. bayangkan semua beli.. dah berapa bungkus??

3 Ramadhan
- okay. sangat ngantuk ye :( bangun 4.30. balik je dari sekolah terus tidur tak ingat dunia! hari ke-3 ramai dah pergi meninggalkan rumah. abang kerja. mok buka kat luar dengan kawan dia :( sunyi... tak pe. ada lagi sorang akak. hari ni mok mintak mak masak udang masa lemak cili api. tapi dia yang tak de. oiii sisa je la untuk kau. tu la siapa suruh kau pergi makan ngn kawan kau =p

haa tu je la buat masa ni.. untuk hari-2 seterusnya,hmm.. kalau ada masa akan dicerita. kesian abang tak sempat minta apa-2. lain kali la ye. okay!
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dengan sabar :)

Ahad, 31 Julai 2011

NO MORE FACEBOOK!

okay. kepada sesiapa yanng duduk cari facebook si budak Syamira Amir. hentikan lah. haha. memang korg tak kan jumpa punya sebab da deavtivated kan. haa kenapa?? sebab pk3 dah nak muncul tak lama lagi. cehh apesal pulak?? hmm,rasanya dah banyak masa aku buangkan dekat muka buku tuh. banyak kali baca buku tu chemist tetap dapat G jugak okay! dan ada jugak sebab-2 lain yang tak perlu cerita kat sini. insha-Allah kemungkinan first syawal aku active kan balik. yela. nak wish raya kat korg-2 semua. heheh. jimat kredit. tapi Hencek Blog tak kan saya lupakan <3ok ok.. itu je untuk hari ni. bye-3 :)

Sabtu, 30 Julai 2011

HMM,NANTILAH.. ESOKLAHH.. AKHIRNYA???


haa. korg rasa apa yang aku nak cerita hari ni?? jeng-3.. siapa tak nak tau sila matikan lappy/computer/iPhone/ipad anda dengan kadar segera! sebarang kerosakan tanggung sendiri. kepada sesiapa yang masih membuat homework sila siapkan dahulu sebelum anda menjadi seperti saya :) okay. seperti apa yang korg tau aku ni agak pemalas tapi bukan pemalas. bila mak suruh angkat kain buat-2 tidur. bila mak suruh iron baju buat-2 bukak buku*please don't try this at home* aishhh! apa nak jadi?? tak tau la semenjak dua menjak ni kerja aku asyik nak tidur je. homework sah-2 tak buat. baca buku?? huh kat sekolah baru baca kot. hari demi hari berganti minggu sampai ke bulan. homework tak siap-2 jugak. sampai la masa cikgu mintak buku. what the.... time ni baru kelam kabut nak buat. oohoiiii tension gila! banyak tak terhingga. bertingkat-2. cuba korg bayangkan homework daripada bulan 2 aku tak siap?? haaa... percaya tak percaya tak??? baru sekarang nak menyesal. aishhh!!! yela.. balik sekolah lambat. balik-2 terus bercinta dengan katil. lepas maghrib makan terus masuk bilik baring-2 tiba-2 tertidur sampai esok pagi. banyak masa dihabiskan dengan tidur,tidur dan terus tidur. ehh,terus tidur?? lain je... hahaha.PK3 pun dah nak dekat. bila nak baca buku kalau homework berlambak :'''( huaaaa tak nak failed lagi!!! chemist?? add math?? physics??? alahaiii  so,kesimpulannya buat lah homework sampai siap. lupakan katil lupakan tv lupakan facebook lupakan lappy. tapi jangan lupa makan sebelum buat homework! sebab apa?? kalau korg lapar?? perut duduk berkeroncong mesti tak selesa kan?? hmm, jangan la makan sampai kenyang sangat pulak. sah-2 la korg terus menjalar atas katil. haa.. bulan puasa pun lagi sehari je. kepada kawan-2 yang beragama Islam selamat menyambut bulan ramadhan :) jangan fikir raya je! okay daa~

agak-2 homework aku macam ni kot yang belum siap.. hehehe....

Ahad, 24 Julai 2011

CERITA SEMALAM JADI KENANGAN :)

apa jadi semalam?? jap-2.. na off handphone tott tett tott tettt lagi tadi. gangguan! tak senang nak menaip.

*****beberapa minit kenudian...

haaa okay keadaan kembali tenang sambil menghirup secawan milo serta memeluk spongebob yang comel <3 auww~ ok. semalam punya cerita. first time keluar sama-2 dengan Lina,Nisak ngn Maryam. totally awesome! best gila wehh wa cakap sama lu! tak pergi jauh mana pon. Jusco Taman U je. rasanya tak perlu kot pergi jauh-2. tak kira pergi ke mana kalau dah keluar dengan orang yang sekepala ngn kita tetap best! hmm tak perlula cerita kami pergi naik apa?? pukul berapa?? duduk mane?? jumpa kat mana?? ehh suke hati kita orang la.. kan?? haha. sampai-2 terus pergi survey-2 baju raya yang macam mana nak beli + harga + size + warna tunggang tebalik ape semua. nak kne bgtau ke aku pakai size ape?? acehhh tak payah la.. pandai-2 la korg fikir. lepas "eh lina,baju ni cantik" "'bapak!!mahal gila harga dia" "syem,baju ni smart seh" "kau beli je la baju nih lina oii" "maryam,lina,nisak yok la makan aku dah lapa ni" haa nampak tak permainan dia?? hihi. then,apa lagi pegi makan lah! haa tengok ni. sedap~~
maryam dengan mee nye..

makan hati je la korg tengok nisak makan.

makwe a.k.a lina :)

Ok fine! aku tak de. tak pe tak kesah! hihi. lepas makan kite orang jalan-2 jap. lepas tuuu boleh pulak jumpa orang yang tak berkenaan -..- spoil betul lah!! ok tak pe abaikan mereka itu.. selepas itu ,kami membuat keputusan untuk menyiapkan homework tertunggak kami di food court*ayat skema muncul. haa rajin tak?? mesti korg tergamam bila baca bab ni kan?? ahaha.. nah tengok lakonan kami...


lina dengan cehemist nye..


orang lain sibuk buat chemist aku buat add math.. ahaha
*korg rasa budak belakang tu teruja tak tengok aku buat +math

haaa sudah~ sebenarnya banyak lagi gambar. tapi,malas nak mengupload. pandai-2 la tengok kat muka buku aku tuh. hmm, bayangkan dari pukul 12.30 sampai 4.30 kita org dok kat jusco. lama tak???? lepas tu mereka-2 nih ajak pergi U mall. oiii penat oiii jalan kaki tengah-2 panas. pergi sana cuma pergi beli jam lina je. haha.. tanpa diduga,kami pergi  melalak pulak!!! seriously best gila!!! dengan maryam dah macam tak betul aku tengok. hahaha! nak tengok?? haa see.. macam mane best ke tidak??



haa korg ada macam ni?? tak de kan?? ok.. sampai sini je.. MARYAM,LINA,NISAK thanks untuk semua :) aku sayang korg..

Jumaat, 22 Julai 2011

HAPPY BIRTHDAY :)


Nadhirah Aqilah! happy birthday kawan! semoga dipanjang kan umur,murah rezeki dan happy selalu. thanks sebab jadi kawan terbaik aku! maaf,tahun ni tak dapat bagi kau hadiah. poket bocor. hihihi. sorry tak celebrate birthday kau tadi. huhu. aku tak sampai hati nak baling tepung kat kawan aku sorang nih. apa pun HAPPY BIRTHDAY!!!! 

Rabu, 20 Julai 2011

CATATAN TANPA TAJUK (!)


YOU WERE THE FIRST BOY TO COMPLETELY DESTROY ME BUT YOU'LL NEVER KNOW THAT! THANK YOU MHD : )

Sabtu, 25 Jun 2011

THINK ABOUT IT.

Do not look at physical appperances
they can be deceiving
Do not look at riches
For they are only temporary

Look for "someone" who makes you smile
Look for "someone" who makes you heart sing

Look for someone you can lean on
Together you'll be okay
Look for someone who'll walk beside you
No matter the destination.











Khamis, 23 Jun 2011

Still thinking of YOU!




If I were a boy
I think I could understand
How it feels to love a girl
I swear I'd be a BETTER MAN!

Selasa, 21 Jun 2011

JAR OF HEARTS :)

this song is about a girl would loved a boy with every part of her and he loved her deeply but he didn't fully understand what he had when he was with her, breaking up was the hardest decision she had to make, she could see he felt something for someone else even though he said he still loved her and would deny any feelings for the other girl, but he wanted to see if there was something better and not settle down just yet for he was only so young, so after she had enough of the lies she left him and he chose to purse the other girl, but all the while his first love was on his mind. She was still heart broken and still loved him, but hates what he did to her at the same time. even looking at him brought memories of what they had together, and she felt as though no one could replace what she had with him. a year goes by and throughout the year the boy stays with the other girl but knows it was not anywhere near the magic he had with his first love. he comes back into her life wanting her advice and help with what he should do, wanting his first love to tell him that she still needs him. but she has learnt never to trust him again, she will never let someone throw her away to find something better and then come to the realisation that she was the best he could have ever had and expect her to jump straight back into his arms. he hurt her so deeply that just coming back into her life wont fix it, she wishes she never met him so he could have never hurt her, wishes he didnt have any control over her, and wishes she never fell in love with a liar. who does he think he is coming back into her life after lying and choosing someone else to replace her, it will never work because of all the hurt he caused, all the lies he said and the hate created. the scar will be with her for the rest of her life but its a reminder to her to never let someone steal a part of her again, never to be tricked into believing empty words but mostly it is a reminder to never be tricked by him again. the scar is a learning curve so she can only improve what she has from now on and as soon as there is doubt she will let her heart take over and end it before she gets another gash that should have been prevented from the start.

Jumaat, 17 Jun 2011

KHAIRIN UMAIRAH =)


Hey Kirin! TERIMA KASIH sebab

Jadi Pendengar Setia
- hiee.. um,kau banyak dengar masalah aku. sentiasa bagi nasihat yang bernas dan kadang-2 agak merepek ==' kau ada sebelah aku bila time aku jatuh. ahak-3. aku malu doe nak cakap camni depan kau! mesti kau ketawa kan bila baca ni. um,sorry kalau masalah aku jadi beban kau.  um,tolong...lupakan peristiwa malam 24 May 2011. kau ingat tak?? "'um, knp um!!? knp dia buat aku mcm ni?" haaaaaa.. ingat tak?? ingat tak?? ahaha! hope kau akan terus menjadi pendengar setia aku. hihi..

Buat Aku Ketawa Bagai Nak Gila
- um! kau selalu buat aku senyum. even kau buat lawak bodoh,aku tetap ketawa tengok kau yang sedaya upaya cuba buat lawak depan aku. um,jangan marah ea masa aku gelakkan kau main roller blade. aku tak de niat pon nak ketawa kan kau. tapi nak buat macam mana?? kau memang kelaka masa tuh! sorry um!

Ambil Berat Pasal Aku
- aku sangat terharu bila kau cakap "syem,ok tak ni?? / syem,jangan buat aku risau.. / syem,boleh tak??" haaa... bila dengar je ayat ni. rasa ringan sikit beban. ahaha. tapi bila dengar bunyi PENGGGGG! dalam hati aku terus ada api yang sedang marak! eee... GERAM NYA AKU!!!!! um,kalau kau tak nak aku mati terkejut jangan buat selalu ye.

Selalu Belanja Aku
- hihihi. hanya Tuhan saje yang tau betapa malunya aku bila um belanja. hmm,aku selalu ingat pesanan um. rezeki jangan tolak. haha. lenjan je la. orang nak belanja kan?? terima je la. ada rezeki nanti aku belanja kau makan tutti frutti ea?? kau tunggu tau. pasti!!! aku belanja punya. tapi 2 tahun kemudian la. cari aku sampai jumpa tau!

UM! Terima Kasih untuk semua! aku sayangggggggg kau! kau baik ngn aku. um,jangan tinggalkan aku tau. kalau aku tak de dekat ngn kau lagi jangan lupakan aku tau um... um,kita kawan sampai bila-2 tau um. um,sorry kalau aku susahkan kau. =''"(

YOU ARE THE LOVE OF MY LIFE AND MY BESTTT FRIEND!!!!!



Khamis, 16 Jun 2011

SENYUM GILA!

Assalamualaikum. ohoiiiiii hari ni nak cerita sikit la. pasal makhluk Tuhan ni. alahaaiii bila jumpa ngn mira macam mira ni musuh ketat dia! susah + payah betul nak senyum. bukan ke senyuman tu satu sedekah?? dia tak tau ke?? kalau ye pon bad mood,tak kan senyum sikit pon tak boleh?? helo.. mestilah orang tersinggung kalau kita ni dok ikhlas bagi senyuman manis *manis ke??* kat dia. tak pasal-2 dia bagi muka macam mintak penampar. haiyooo.. apa la?? serious sakit hati sangat-2! hah?? tolonglahhh.. even penat senyum lah. bukan susah pun. tak faham dengan orang tak reti senyum ni. perlu ke diajar??? dah besar panjang kan?? faham-2 la. jangan sampai ada orang label awak "budak sombong" haa mesti tak nak kan?? berubah la. ok.
SMILE its the easiest way to improve your day. so,smile always =)

Sabtu, 11 Jun 2011

HO HO HOLIDAY!!!

salam sekalian makhluk alam. helo??? lagi satu hari dah nak habis cuti?? walauweh! sekejap nyeeeee... kasut pon tak basuh lagi. haishhh. ok. selama 2 minggu. mira buat apa?? pegi mana?? dengan siapa?? haa ni nak cerita. jeng-3. first.mira pergi celebrated birthday dengan cousin je. tak kan la nak ajak satu kampung pulak kan?? macam budak kecik je. terima kasih Kak Liza =)











Ok tu masa birthday mira. beberapa hari kemudian pergi Melaka. plan nak pergi Melaka Wonderland. makkk aiii tak macam ramai pulak! maka. terbatal lah niat kami sekeluarga. mira tak kecewa pun. bukan mira dapat mandi pon kalau jadi pergi situ. last-2 kteorg pergi Laman Tiga Budaya. grr.. sumpah tu kali pertama dan terakhir mira pergi! kolam berlumut. air kotor gila b*** tandas busuk! oMG! nah tengok la.

Arif

Akmal


arif dah bosan senyum



ain & fatin (anak k.liza)

sikit je mira amek. hihi. tak de mood na amek banyak-2! tak puas mereka ni mandi hari tu esoknya kteorg pergi kolam air panas pulak. nasib baik ok! tapi tak la ok sangat sebab mira tak dapat mandi!!!! cuma dapat rendam kaki je =''( huu sedihnya. ok. gambar mira memang tak de!!!


haa time ni akmal marah mira asyik suruh dia senyum je.

 

arif & papa




ok ini sahaja. malas nak upload banyak-2. hihi. even mira tak dapat berendam dengan mereka-2 ni,mira tetap rasa happy sebab dapat keluar sama-2. hehe. biasalah dah lama tak pergi jalan-2 macam ni. okeyy.. daa~

Isnin, 6 Jun 2011

2 JUNE 2011


ohoiiiiiii TERIMA KASIH !!!! sangat terharu. ramai yang wish tahun ni. tapi ramai jugak yang lupa. ohhh tak mengapa. hukhuk. sangat sibuk cuti ni. tak sempat na tulis panjang-2. ok. jumpa lain hari. daa~

Rabu, 1 Jun 2011

SPAGHETTI BOLOGNESE

situasi 1
si anak sedang kelaparan "ohh damn! perut lapar! mak tak masak. nak makan apa ni???"

situasi 2
si isteri tak tau nak masak apa untuk makan tengah hari "eii nak masak apa untuk laki aku ni??"

situasi 3
seorang pemalas yang ingin masak "grr.. masak apa yang paling senang ek??"


haaa mai sini cik mira nak mengajar meh. bertenang semua anak murid sekalian. ok hari ni kita belajar memasak ye. paling utama dan paling penting sebelum belajar apa yang kita perlukan adalah buku nota! yeah! hehe. hari ni kita buat spaghetti bolonese k???? haa semua tau kan?? favourite korg kan?? selalu makan kat kedai kan?? cuba kalau korg buat sendiri. haa lagi nikmat. firsttt sekali mestilah kne sediakan bahan dia dulu.

*1 pack spaghetti (suka hati nak jenis apa contohnya fettucine.sebab mira selalu pakai tu)
*2 ulas bawang putih-hiris ye.
*1 tin botton mushroom (kalau nak letak sayur lain pon boleh je.)
*1 tin preego
*1 tin air (sukat ikut tin preego tadi)
*sedikit magerine/butter
hmm, rasanye kalau ada daging cincang lagi bagus. tapi mira tak suka. hihi

ok cara dia..
1. rebus la spaghetti tu dulu. ikut arahan pada bungkusan spaghetti tuh
2. sementara tunggu spaghetti tu masak,diced kan bawang merah (kecil-2) dan hiris bwg putih
3. masukkan magerine dan tumis bawang putih tu
4. lepastu masukkan bwg merah. biarkan sampai masak
5. kalau pakai daging cincang masukkan daging sehingga separuh masak
6. masukkan cendawan (potong dulu tau)
7. masukkan preego
8. letakkan garam secukup rasa
9. biarkan masak selama 5 minit sambil tu adjust la rasa dia
10. tos kan spaghetti tadi
11. kemudian,curah benda yang korg masak tadi atas spaghetti
12. kalau rajin hias lah. siap!


haa dah selesai masalah. selalu kalau time mak tak de. ini lah kerja mira kat rumah. tak kan nak makan maggie je kan?? haa tak payah susah-2 pergi kedai. bukan ke mahal?? sikit pulak tu. hihi. ok ni saje untuk hari ni. daa~

Selasa, 31 Mei 2011

BILA DAH BOSAN (!)

pagi yang dimulakan dengan menelaah novel tanpa menggosok gigi =D heheh. bila dah bosan!


M  : um, yok keluar. movie ke?? bowling ke??
um : yok syemmmmmm!
M  : ok, siap-2 cepat.

*****

M      : meme, jommmm keluar??
meme : jommmm


yes!!! inilah dia sahabat! hehe. tak pergi jauh mana pon. Skudai Prade je!! nak pergi jauh. hmm.. dalam poket cuma ada RM36.70 je. mana cukup weh... sangat kelaka bila tengok meme diam gila nak mati kat dalam kereta tadi. sopan mengalahkan anak dara. kalau yek pon malu dengan akak aku me jangan lah sampai macam tu sekali. risau aku tau ==' plan nak tengok movie. tapi si Um ni tak berani pulak nak tengok KARAK! apa seh um ni. haishhh. haa rancangan paling awal sekali pun terbatal sebab tak bawak stokin. tettt.. last-2 pergi main roller blade. kepala hot dia!!! dah la tak pandai. meme kenapa kau malu kan aku meme =''( ??? huaaa.. serius kaki sakit gila. banyak kali terjatuh. siottt meme ketawa kan! lepastu bole pulak um ajak abang a.k.a zai datang. adoiiii lagi bertambah-2 malu aku... hmm setengah jam kemudian. hooorayyy!!! dah pandai main! yey! tak de lagi jatuh! haa dah puas main jadah tu. um ajak pergi karok ea?? adoii bala apa lagi yang aku dapat jap lagi?? confirm meme ketawakan aku nanti.. kihkih. mula-2 malu nak nyanyi. tapi bila dah dapat mike. makkk aiiii tak boleh lepas. hihihi. almaklumlah dah lama tak mengarok. jeng-3. nak dengar tak meme nyanyi??


haa maca mana sedap kan?? hahaha! terbaik la meme!! ok sampai sini saje. salam...

Sabtu, 28 Mei 2011

DULU DAN SEKARANG

Hye..
http://dakbusyuk.blogspot.com/ ni mira punya blog yang dulu. tapi blog tu dah tak boleh bukak. ntah tak tau la kenapa?? serius sedih gila =''( hukhuk. kenapa dia buat mira macam tu?? kenapa?? kenapa??! wahai hencek blog. kenapa buat saya macam nih?? last update  20/05. huaaaaaaa... saya tak boleh lupakan awak hencek blog! even mira dah ada yang baru. humm rasa kekok pulak nak guna. tak banyak beza pun blog dulu denga sekarang. dulu warna pink sekarang warna coklet. tu je kot yang bezanya. tapi mira akan cuba buat yang lebih berbeza daripada blog sebelum nih. ok. cuti sekolah dah start! homework pun tak de. bahagia gila! tapi tengok lah naik sekolah nanti. confirm macam orang gila bila dapat result. OMG! agak-2 berapa banyak (G)reat la nanti ye?? tunggu~