Khamis, 25 Ogos 2011

SHOPPING TIME! ;)

Assalamualaikum,salam sejahtera,salam satu Malaysia.

pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-25 kita berpuasa. ohh rasa sangat cepat masa berlalu. haa.. korg dah ready nak raya?? okay. semalam punya cerita. jeng-3.
"adik,siap-2 cepat.mak nak pergi Angsana. kau nak ikut tak??"
"ehh mak bukan baru minggu lepas kita beli baju kat Jusco?? mak nak beli apa lagi??"
"siap aje la cepat. jangan banyak cakap."
"okay"
haaa sampai Angsana terus teman akak pergi Dimoney. hmm laama gila. terus tak ada mood nak shopping. memilih cincin lama gila! macam pilih laki. Hadoiiiyaiii.. ==' menyesal ikut. lepastu ingat nak jalan-2 tengok baju ape. haa sekejap lagi mak ajak pergi tengok carpet. okay kalau aku tau ni tujuannya memang tak ikut. duduklah kat tepi macam orang hilang mak. sambil tu misscall-2 kawan. saje je kacau. bosan. sorry la kepada sesiapa yang dah tidur. kihkihkih*ketawa jahat. bila tahap kebosanan tak dapat dibendung lagi!!! apa lagi??
"mak! adik pergi tengok-2 baju ehh"
"jangan jauh-2"
"ye!"
jalan punya jalan punya jalan tiba-2 kelihatan sepasang baju melambai-2 mintak ditengok. okay simple! cantik! colour purple <3! menepati citarasa! terus sambar baju tu pergi tunjuk kat mak. dan mak cakap okay :) letak dekat kaunter.

***** cerita tergantung sebentar buat seketika kerana menunggu mak yang tak habis-2 lagi pilih carpet =='

haaa dah siap pun mak.
"mana baju tadi??"
"ni ni boleh kan?"
"hmm boleh"
tiba-2 mak membeliakkan biji matanya..
"mak,kenapa??*tunduk takut punya pasal"
"kenapa baju mahal sangat??"
"mana adik tau*merengek* sorry la..tak pe la RM1** je..nanti adik belanja mak makan ea"
jelingan maut mak bagi.. huishhh seram ==' selepas adengan jeling menjeling. pergila uo nak beli hadiah untuk kawan :)
"mak,nak RM10"
"pakai duit sendiri"
ohhh tidak!!! hai duit kenapa kau pergi*muka sedih.. takpe-2 demi kawan tersayang. sekali sekala :) haa perut dah lapar. balik daripada Angsana terus pergi makan. agak-2 dalam pukul 12.00 a.m ye kami balik. masuk bilik tengok muka ayah dah masam semacam je. haa takut. nasib baik mak akak belikan dia baju. oii sejuk sikit hati dia. bijak kan??? hihi.. okay itu sahaja untuk hari ni. adios!

Jumaat, 12 Ogos 2011

SUKA DUKA MINGGU NI

okay sebelum tu nak wish dekat Mok(akak aku) HAPPY BIRTHDAY. aku tau kau tak kan baca benda ni. tapi tak pe la. sekurang-kurangnya aku tau bila kau lahir kan?? cukup la sekadar wish kau kat sini. haa.. minggu ni ada pk3. alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar. cehh.. mulanya di sini..

SELASA

*Bahasa Melayu
okay tiada sebarang masalah. sangat bahagia menjawab. berimaginasi nta ke mana-2. bila dapat markah.. haaa tak tau lagi.
*Bahasa Inggeris
dapat kertas soalan senyum :) dapat markah pun senyum :)) cikgu puji bertambah-2 senyum :)))
*Agama
hukhuk. kebanyakan hentam. sebab tak baca buku :( harap-2 dapat markah yang memuaskan.

RABU

*Sains Pertanian
last minute baru baca. huhu. malam asyik nak tidur je. markah pun macam nak tidur la kan..
*Sejarah
sayang Cikgu Salini <3 soalan senang ;) markah okay!!!
*Add Math
ke lautttttt!!!

KHAMIS

*Physics
soalan belit-2. jawab pun belit-2
*Math
tak senang tak susah.. bolehla. hukhuk sorry cikgu tak jawab soalan nombor 1. tak faham ^^'
*Chemist
bak pepatah kata Ain. soalan jahanam.. ye memang benar. susah. G+ untuk chemist!
*Sivik
haaa ni paling susah! tak bukak buku langsung. main jawab je. mudah-mudahan la ye dapat A :)

tu saje untuk pk3. untuk Diyana... aku tak tau sama ada hari ni last kita jumpa ataupun next week. sedih sangat bila kau bgtau kau nak pindah sekolah lain. padahal kita baru rapat balik kan?? :) tak pe.. aku tak halang kalau tu keputusan kau. hope kau tak lupakan kami dekat sini. aku doakan semoga kau berjaya kat sana nanti. nanti kalau cuti kita jumpa  ea :'( salam..

Jumaat, 5 Ogos 2011

chemistry + physics + add math = DEAD!


seriously! I really fed up of chemistry! sungguh :( tak faham langsung. NaOH?? K+?? half equation?? apa itu?? erghhh :'( apa nak jawab pk3 nanti?? aishh.. chemistry really KILLS me!


PHYSICS!!!!
okay sekurang-kurangnya faham la jugak daripada chemistry. cuma kne banyak hafal formula. bila masuk bab heat capacity dengan cikgu practical mengajar + suara perlahan + budak lelaki huru-hara memang ke laut la jawabnya. nak belajar sendiri kat rumah?? haa... hmmm.. bila ek??? huh ==;



add math... i fall in love with you <3 ==' I really really love you. yes i do.. what the.... ini lagi satu mata pelajaran yang sangat senang :) ye.. tak percaya..?? tanya WERN TING,HWEE SHENG dengan SYAFIQ RAHIM.. haa... mereka terlalu obses dengan add math kerana terlalu senang tau. haa yela senang syamira oiiii. mid year G jugak kau dapat.. aishhh..


RABU- SAINS PERTANIAN,ADD MATH
KHAMIS - PHYSICS,CHEMIST
doakan saya agar dipermudahkan menjawab keempat-2empat subjek di atas :)

Khamis, 4 Ogos 2011

BILA RAMADHAN TIBA :)

Hari ni hari ke-4 umat Islam berpuasa. haa bagi sesiapa yang tak berpuasa tu teraaaammmaattttlahhh rugi! okay nak cerita sikit*banyak sebenarnya* la pasal ramadhan tahun ni. mungkin bagi aku agak istimewa ;)

1 Ramadhan
- hmm, agak letih. biasa la first ramadhan kan?? semua orang akan rasa macam tu. lagi-2 bila tak sekolah duduk rumah sorang-2. pandai-2 la bayangkan macam mana rasanya tu. huhu. aku paling suka first ramadhan. sebab apa?? haa time ni semua adik-beradik ada. time ni la aku rasa ada akak ada abang :) kalau tak rasa macam anak tunggal ==' yang paling best! mak akan masak lauk favourite kami :) okay hari pertama mak masak nasi ayam atas permintaan akak sulong wa. aishhhh! actually tu favourite aku jugak. ceittt.. kihkih. oi oi oi.. pastikan korg baca benda ala ni lepas berbuka ye. nanti tak pasal-2 batal pulak puasa korg. hahaha!

2 Ramadhan
- haaa hari yang kedua??? cuti sekolah :) yeay! jeng-3.. hari ni turn aku pulak buat permintaan. "mak,hari ni goreng mee ek ;) bolehlaaaaa eh?? ehh??" woiiii sedap oiiii.. tak payah beli kat kedai. hari ni boleh dikatakan banyak gila makanan!!! asam pedas,roti john,rojak.. haa belum air lagi. air kelapa,sirap bandung,teh tarik,jagung.. haaa kan?? korg ada semua ni??? bukan nya apa. adik-beradik ada 4. setiap orang balik rumah bawak sorang sebungkus. ehh sebungkus?? salah tu.. 2 3 bungkus.. bayangkan semua beli.. dah berapa bungkus??

3 Ramadhan
- okay. sangat ngantuk ye :( bangun 4.30. balik je dari sekolah terus tidur tak ingat dunia! hari ke-3 ramai dah pergi meninggalkan rumah. abang kerja. mok buka kat luar dengan kawan dia :( sunyi... tak pe. ada lagi sorang akak. hari ni mok mintak mak masak udang masa lemak cili api. tapi dia yang tak de. oiii sisa je la untuk kau. tu la siapa suruh kau pergi makan ngn kawan kau =p

haa tu je la buat masa ni.. untuk hari-2 seterusnya,hmm.. kalau ada masa akan dicerita. kesian abang tak sempat minta apa-2. lain kali la ye. okay!
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA dengan sabar :)