Selasa, 20 September 2011

OOHEEMMJAYY! AKU DAH MINAT KOREA.

Salam satu Malaysia.
boomboomgedababoom hari ni dah 20 september. lagi 2 minggu je nak masuk bulan oktober. okay rasa macam sekejap gila ==' UPSR pun dah lepas. tapi hari ni bukan nak cerita pasal exam,buku,sekolah SPM,STPM tu semua. haa rasanya kalau sebut je pasal Korea mesti korg dah tau kan siapa artis-2 dia?? tipu la kalau tak tau. sedangkan budak 5 tahun pon kenal super junior tu mana satu? eheh aku? memang pada mulanya menyampah gila nak mati bila sahabat-2 tersayang terlalu taksub sangat dengan artis-2 korea. apa special sangat dorang ni?? semua plastik! tapi semenjak kawan dengan si Maryam ni macam-2 cerita dia ada. itu la ini lah. dia adaa bagi pinjam DVD Secret Garden. ooohemmmjayyy serious best gila! haaa start daripada ni la aku dah jadi macam mereka-2 ni jugak. download video U Kiss la Beast la. dalam phone dah penuh lagu korea. no more katty perry/jason derulo/lady gaga segala. okay seram gila. macam mana nak hilangkan balik rasa minat ni. tolong!!!! eheh ape-2 pun jangan lupa tengok secret garden k ;)

Jumaat, 9 September 2011

HAPPY EID MUBARAK :)

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kini tiba masanya,
Kita menyambut Hari Raya
amboi! berpantun pulok dio.. okay dah masuk hari raya ke-11 baru nak post pasal raya. eicehhh. seriously tak cukup masa. sibuk kemas rumah yang tak habis-2 bersepah,banyak homework,layan tetamu,open house sana sini,nak keluar dengan member. huishhh.. nampak?? kalah PM tau. raya tahun ni agak kurang meriah sebab kami telah pun kehilangan orang tersayang iaitu Kak Ana(cousin) pada hari Jumaat bersamaan 2/9/11. memang tak sangka arwah pergi tinggalkan kami dalam waktu macam ni. tak sempat nak jumpa :'( semoga roh beliau dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.
first raya mestilah kat kampung. tak pernah seumur hidup raya dekat rumah sendiri. walaumacam mana sekalipun mak tetap nak balik kampung jugak setiap kali raya. hmm. tema tahun ni warna purple. tapi,mak tak pakai colour purple sebab taylor lupa nak letak cangkuk kat kain mak. spoil betol la! haa makan pun macam biasa ketupat,rendang,sambal kacang tu semua la. lagi satu! ni kalau orang-2 bugis tahu la ape tu burasak. macam ni....


haaa dah tau kan. okay. lepas-2 makan mulalah sesi bermaaf-maafan,lap-2 air mata,peluk-2 cium-2*ok suka waktu ni :D dan yang paling utama! jeng-3 ape lagi. ambil gambar lah! heheh. malas la nak upload kat sini. nak tengok sila lawati halaman muka buku saya ye :). opss. sampai sini je la kali ni. kalau tak ade aral melintang Insha-Allah akan dihpdate lagi blog ni. okay! maaf jika terkasar bahasa. maaf jika terkutuk. maaf jika terdapat post yang menyakitkan jati. apepun HAPPY EID MUBARAK !!! jaga makan. jangan makan sampai tak ingat dunia okay. bye :)