Isnin, 19 Disember 2011

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE :)


Assalamualaikum. salam satu Malaysia :) . hello! hye! bertemu kembali ;) apa khabar? ada yang mati kebosanan cuti ni? opss harap semua dalam keadaan yang baik. bagi sesiapa yang sakit telinga,hati,perasaan,mental cepat-2 lah berkunjung ke hospital ye ;) . mungkin post kali ini agak panjang. okay bagi percutian tahun ni tak pergi jauh mana pun. Singapore sahaja. yeahhh! akhirnya sampai jugak di Universal Studios!!!!


haa. okay. lihat map ni. agak-2 cukup ke satu hari korg nak habiskan melawat tempat-2 ni? siapa cakap cukup dia memang hebat!


yeah! tempat pertama kitaorg pergi.... setelah beberapa kali bertekak akhirnya kitaorg decide pergi hollywood dulu. hikhik :) jalan saje ambil mood dulu. sampai madagascar beratur nak amek gambar. okay panas! segera batalkan niat dan teruskan perjalanan. tempat seterusnya adalah Far far away....


bestttt! masuk dalam. sejuk sikit. tapi tetap kene beratur jugak! takpe janji sejuk!!! nasib kitaorg orang pertama masuk. so,tak perlu la beratur panjang-2. haa. dekat sini kiteorg tengok movie shrek 4D. awesome! terbaik! rugi siapa tak masuk sini. then kiteorg singgah dekat kedai cenderamata. macam-2 ada jual. patung,bantal,cawan. tapi faham-2 la ;) harga dia macam mana pulak kan?



patung poos ni cuba tengok kecik  je kan? cuba tukarkan harga dolar tu kepada ringgit malaysia? berbaloi ke beli benda macam ni? kat Malaysia pon ada kot. lagi murah :) jadi lebih baik segera keluar dari kedai tu and pergi tempat lain. jangan buang masa. masa itu emas.



waterworld tempat yang seterusnya kitaorg pergi. dekat sini pon best! aha! confirm la basah kan? dorg main sembur je tak kira siapa pun. sangat kagum tengok dorg berlakon! dah habis,aku sempat amek gambar ngn dorg. hikhik. jangan jealous :p nak tengok? pergi cari kat muka buku. malas nak upload kat sini. ahahaha! adoi. ada lagi berapa tempat belum cerita. kejap-2. berehat sebentar bersama milo ;)

.....5 minutes later
okay,bertemu kembali :) nahhhh ancient egypt. haa tak tau nak cerita apa yang ada kat sini. lupaaa. takpe-2. nak tau sangat pergi sendirii. hihihi. sorry :)



ada sesiapa berani naik benda ni? mesti la ada kan ;) this is my first experience naik ni. sumpah masa naik ni ingat nak mati je. ya Allah macam nak tercabut jantung!!!! laju ya amat! time ni nak menjerit pon dah tak boleh. grr.. diam je la. mesti mat saleh sebelah aku ingat aku barani. ahahaha! what theee...
haaa sudah sampai penghujung nya. tempat yang lasttt...



new york! aha! sampai je sini dah malam da pun. tenaga pon dah tak banyak lagi. mood berjalan semakin kurang. kaki semakin sakit. perut semakin lapar. nak cari tempat makan kat sini memang susah. sebab banyak yang tak halal. namapak nya Malaysia jugak yang best :) ahaa. okay. that's all. percutian seterusnya pada tahun hadapan. nantikan ;) tempat masih dalam perancangan! hello! next year SPM okay!!!! hahaha bye ;)

Selasa, 13 Disember 2011

JOHOR PREMIUM OUTLETS.

Hello guys! Hikhik. Okay,Sudah lama meninggalkan alam ni. Datang kembali tanpa segan. Bla bla bla. Hari ni pergi JPO lagi untuk tebus hari ahad punya. Sebab lalu je KAN? Tak singgah pon. Tapi hari ni bukan setakat lalu. Semua kedai AKU masuk. Tapi satu jadah haram pon tak beli. Cuma akak je la beli. Hihihihi. Mana Ada duit oiii. Barang kat sana mahal-2 belaka. Budak macam AKU yang makan mak bapak masih tanggung mana la mampu nak beli barang-2 kat situ KAN. Hmm. Semua barang branded Ada. Macam Levis,DKNY,padini,clanks,guess semua Ada lah. Cari je kat situ. Memang tak best kalau jalan je tak beli ape-2. Nak buat macam mana??? Baju tshirt ntah ape-2 pon dah rm89.90. Haa tu baru tshirt bodo-2. Belum masuk seluar jeans lagi. Aishhh pergi kedai jam. Baru ingat nak bodek mak belikan jam. Sekali tengok harga rm749. Grr. Takpe-2. Tunggu AKU kawin ngn anak datuk dulu baru beli. Ceittt... Tak la lawa sangat jam nye. Biasa je ==' okayyy. Sampai satu kedai,jenama esprit. Akak pegang kasut. Then,tiba-2 Ada satu pekerja ni cakap kasut tu kulit Babi. Ok,memang orang tu Tahap bangangnye bertingkat-2. Hello cik abang. Kenapa orang dah pegang baru nak bgtau! Haishhh.. Ni je la yang dapat cerita. Tak sampai 1 jam pon kite orang pegi. Ramai orang. Pelik. Hari orang kerja pun still ramai. yang penting bukan warga malaysia yang ramai tapi Singapore. Rasanya,hanya mereka je kot yang mampu beli barang-2 kat situ. Hie. Okay sampai sini je. Bertemu di lain waktu. Adios...

Selasa, 20 September 2011

OOHEEMMJAYY! AKU DAH MINAT KOREA.

Salam satu Malaysia.
boomboomgedababoom hari ni dah 20 september. lagi 2 minggu je nak masuk bulan oktober. okay rasa macam sekejap gila ==' UPSR pun dah lepas. tapi hari ni bukan nak cerita pasal exam,buku,sekolah SPM,STPM tu semua. haa rasanya kalau sebut je pasal Korea mesti korg dah tau kan siapa artis-2 dia?? tipu la kalau tak tau. sedangkan budak 5 tahun pon kenal super junior tu mana satu? eheh aku? memang pada mulanya menyampah gila nak mati bila sahabat-2 tersayang terlalu taksub sangat dengan artis-2 korea. apa special sangat dorang ni?? semua plastik! tapi semenjak kawan dengan si Maryam ni macam-2 cerita dia ada. itu la ini lah. dia adaa bagi pinjam DVD Secret Garden. ooohemmmjayyy serious best gila! haaa start daripada ni la aku dah jadi macam mereka-2 ni jugak. download video U Kiss la Beast la. dalam phone dah penuh lagu korea. no more katty perry/jason derulo/lady gaga segala. okay seram gila. macam mana nak hilangkan balik rasa minat ni. tolong!!!! eheh ape-2 pun jangan lupa tengok secret garden k ;)

Jumaat, 9 September 2011

HAPPY EID MUBARAK :)

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kini tiba masanya,
Kita menyambut Hari Raya
amboi! berpantun pulok dio.. okay dah masuk hari raya ke-11 baru nak post pasal raya. eicehhh. seriously tak cukup masa. sibuk kemas rumah yang tak habis-2 bersepah,banyak homework,layan tetamu,open house sana sini,nak keluar dengan member. huishhh.. nampak?? kalah PM tau. raya tahun ni agak kurang meriah sebab kami telah pun kehilangan orang tersayang iaitu Kak Ana(cousin) pada hari Jumaat bersamaan 2/9/11. memang tak sangka arwah pergi tinggalkan kami dalam waktu macam ni. tak sempat nak jumpa :'( semoga roh beliau dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.
first raya mestilah kat kampung. tak pernah seumur hidup raya dekat rumah sendiri. walaumacam mana sekalipun mak tetap nak balik kampung jugak setiap kali raya. hmm. tema tahun ni warna purple. tapi,mak tak pakai colour purple sebab taylor lupa nak letak cangkuk kat kain mak. spoil betol la! haa makan pun macam biasa ketupat,rendang,sambal kacang tu semua la. lagi satu! ni kalau orang-2 bugis tahu la ape tu burasak. macam ni....


haaa dah tau kan. okay. lepas-2 makan mulalah sesi bermaaf-maafan,lap-2 air mata,peluk-2 cium-2*ok suka waktu ni :D dan yang paling utama! jeng-3 ape lagi. ambil gambar lah! heheh. malas la nak upload kat sini. nak tengok sila lawati halaman muka buku saya ye :). opss. sampai sini je la kali ni. kalau tak ade aral melintang Insha-Allah akan dihpdate lagi blog ni. okay! maaf jika terkasar bahasa. maaf jika terkutuk. maaf jika terdapat post yang menyakitkan jati. apepun HAPPY EID MUBARAK !!! jaga makan. jangan makan sampai tak ingat dunia okay. bye :)
 

Khamis, 25 Ogos 2011

SHOPPING TIME! ;)

Assalamualaikum,salam sejahtera,salam satu Malaysia.

pejam celik pejam celik dah masuk hari ke-25 kita berpuasa. ohh rasa sangat cepat masa berlalu. haa.. korg dah ready nak raya?? okay. semalam punya cerita. jeng-3.
"adik,siap-2 cepat.mak nak pergi Angsana. kau nak ikut tak??"
"ehh mak bukan baru minggu lepas kita beli baju kat Jusco?? mak nak beli apa lagi??"
"siap aje la cepat. jangan banyak cakap."
"okay"
haaa sampai Angsana terus teman akak pergi Dimoney. hmm laama gila. terus tak ada mood nak shopping. memilih cincin lama gila! macam pilih laki. Hadoiiiyaiii.. ==' menyesal ikut. lepastu ingat nak jalan-2 tengok baju ape. haa sekejap lagi mak ajak pergi tengok carpet. okay kalau aku tau ni tujuannya memang tak ikut. duduklah kat tepi macam orang hilang mak. sambil tu misscall-2 kawan. saje je kacau. bosan. sorry la kepada sesiapa yang dah tidur. kihkihkih*ketawa jahat. bila tahap kebosanan tak dapat dibendung lagi!!! apa lagi??
"mak! adik pergi tengok-2 baju ehh"
"jangan jauh-2"
"ye!"
jalan punya jalan punya jalan tiba-2 kelihatan sepasang baju melambai-2 mintak ditengok. okay simple! cantik! colour purple <3! menepati citarasa! terus sambar baju tu pergi tunjuk kat mak. dan mak cakap okay :) letak dekat kaunter.

***** cerita tergantung sebentar buat seketika kerana menunggu mak yang tak habis-2 lagi pilih carpet =='

haaa dah siap pun mak.
"mana baju tadi??"
"ni ni boleh kan?"
"hmm boleh"
tiba-2 mak membeliakkan biji matanya..
"mak,kenapa??*tunduk takut punya pasal"
"kenapa baju mahal sangat??"
"mana adik tau*merengek* sorry la..tak pe la RM1** je..nanti adik belanja mak makan ea"
jelingan maut mak bagi.. huishhh seram ==' selepas adengan jeling menjeling. pergila uo nak beli hadiah untuk kawan :)
"mak,nak RM10"
"pakai duit sendiri"
ohhh tidak!!! hai duit kenapa kau pergi*muka sedih.. takpe-2 demi kawan tersayang. sekali sekala :) haa perut dah lapar. balik daripada Angsana terus pergi makan. agak-2 dalam pukul 12.00 a.m ye kami balik. masuk bilik tengok muka ayah dah masam semacam je. haa takut. nasib baik mak akak belikan dia baju. oii sejuk sikit hati dia. bijak kan??? hihi.. okay itu sahaja untuk hari ni. adios!

Jumaat, 12 Ogos 2011

SUKA DUKA MINGGU NI

okay sebelum tu nak wish dekat Mok(akak aku) HAPPY BIRTHDAY. aku tau kau tak kan baca benda ni. tapi tak pe la. sekurang-kurangnya aku tau bila kau lahir kan?? cukup la sekadar wish kau kat sini. haa.. minggu ni ada pk3. alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar. cehh.. mulanya di sini..

SELASA

*Bahasa Melayu
okay tiada sebarang masalah. sangat bahagia menjawab. berimaginasi nta ke mana-2. bila dapat markah.. haaa tak tau lagi.
*Bahasa Inggeris
dapat kertas soalan senyum :) dapat markah pun senyum :)) cikgu puji bertambah-2 senyum :)))
*Agama
hukhuk. kebanyakan hentam. sebab tak baca buku :( harap-2 dapat markah yang memuaskan.

RABU

*Sains Pertanian
last minute baru baca. huhu. malam asyik nak tidur je. markah pun macam nak tidur la kan..
*Sejarah
sayang Cikgu Salini <3 soalan senang ;) markah okay!!!
*Add Math
ke lautttttt!!!

KHAMIS

*Physics
soalan belit-2. jawab pun belit-2
*Math
tak senang tak susah.. bolehla. hukhuk sorry cikgu tak jawab soalan nombor 1. tak faham ^^'
*Chemist
bak pepatah kata Ain. soalan jahanam.. ye memang benar. susah. G+ untuk chemist!
*Sivik
haaa ni paling susah! tak bukak buku langsung. main jawab je. mudah-mudahan la ye dapat A :)

tu saje untuk pk3. untuk Diyana... aku tak tau sama ada hari ni last kita jumpa ataupun next week. sedih sangat bila kau bgtau kau nak pindah sekolah lain. padahal kita baru rapat balik kan?? :) tak pe.. aku tak halang kalau tu keputusan kau. hope kau tak lupakan kami dekat sini. aku doakan semoga kau berjaya kat sana nanti. nanti kalau cuti kita jumpa  ea :'( salam..